BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

2) SEJARAH RINGKAS

SEJARAH RINGKAS

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Kebangsaan SK Kompleks Sultan Abu Bakar, mula dibuka pada 8 Februari 2006 dengan pelajar seramai 4 0rang. Guru yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kelas Pendidikan Khas ini ialah En. Ahmad Nizam Bin Nordin. Beliau telah mengajar dan menguruskan kelas ini.

Kelas Pendidikan Khas SKKSAB merupakan kelas baru bagi sekolah tersebut. Pada mulanya kelas pendidikan khas ini di tempatkan di bilik persalinan lelaki berhampiran dengan padang. Kelas yang di sediakan tidak berapa besar dan kurang sesuai bagi memenuhi matlamat pendidkan khas. Kelas tersebut telah digunakan selama setahun.

Pada awal 2007, seorang lagi tenaga kerja telah ditempatkan di kelas tersebut iaitu Encik Muhamad Zuraimy bin Ja’affar yang sebelum ini mengajar dalam bidang yang sama di SK. LKTP Chemplak dan SK. LKTP Maokil 1 Labis, Segamat. Murid juga telah bertambah seramai 2 orang dan menjadikan jumlah murid seramai 6 orang berserta 2 orang guru.

Pada penghujung Januari 2007, En Muhamad Zuraimy telah membuat perbincangan bersama Tuan Guru Besar bagi mendapatkan sebuah kelas yang sesuai dan lebih besar bagi menggantikan kelas yang sedia ada. Oleh itu, Tuan Guru Besar telah bersetuju untuk memberi Bilik Ko-Kurikulum sebagai kelas Pendidikan Khas dengan keluasan 5 bay. Oleh itu, Encik Muhamad Zuraimy dan Encik Ahmad Nizam telah cuba menyiapkan kertas kerja bagi mengubahsuai bilik ko-kurikulum ini kepada kelas pendidikan khas yang sebenarnya. .Pada bulan April 2007, pihak sekolah telah mendapat peruntukan bagi menaik taraf kelas pendidikan khas. Kerja-kerja menaik taraf memakan masa selama 2 bulan. Selepas cuti persekolahan penggal pertama sesi kedua, para pelajar dan guru telah berpindah ke kelas yang baru.

Walaupun kelas ini masih baru dan serba kekurangan, ini tidak mematahkan semangat dan menghalang guru untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan kegigihan dan berkat kesabaran serta bantuan dari pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru SK Kompleks Sultan Abu Bakar kekurangan tersebut dapat di atasi secara berperingkat.