BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

4) OBJEKTIF P.KHAS SKKSAB

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS SKKSAB


MENYEDIAKAN PELUANG DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK MURID-MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS.

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG SESUAI DAN RELEVEN PADA SETIAP MURID.

MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK MEMBINA BAKAT DAN POTENSI MURID.

MENYEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG MENCUKUPI DAN TERKINI.

MEMASTIAKAN TENAGA PENGAJAR YANG TERLATIH DAN MENCUKUPI DALAM BIDANG PENDIDIKAN KHAS.







VISI PPKI SKKSAB

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI DI MANA SETELAH TAMAT PENDIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH MURID-MURID BOLEH BERDIKARI.





MISI PPKI SKKSAB

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA BERKOMUNIKASI, BERDIKARI, MENGEMBANGKAN BAKAT YANG DIMILIKI SERTA BOLEH HIDUP BERMASYARAKAT.



MATLAMAT PPKI SKKSAB

KAMI BERMATLAMAT MELENGKAPKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DENGAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN TERTENTU BAGI MEMBANTU MEREKA MENCAPAI PERKEMBANGAN YANG MENYELURUH, MELIPUTI ASPEK-ASPEK INTELEK, ROHANI, JASMANI, BAKAT. NILAI-NILAI ESTETIKA DAN SOSIAL AGAR MEREKA BOLEH MENJADI SATU AHLI MASYARAKAT YANG BERGUNA DAN BERDIKARI.





PIAGAM PELANGGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR



MENGUTAMAKAN SIKAP PENYAYANG, RAMAH MESRA DAN KEIKHLASAN BEKERJA.

MENYEDIAKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI BAGI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DAN NILAI-NILAI MURNI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH.

MENGAMALKAN HUBUNGAN YANG HARMONIS DI KALANGAN WARGA SEKOLAH, IBU BAPA DAN JUGA MASYARAKAT SETEMPAT.







PENDAHULUAN

KELAS PENDIDIKAN KHAS DITUBUHKAN DI SEKOLAH INI SEBAGAI SALAH SATU CARA BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS DI KAWASAN BERHAMPIRAN MENDAPAT PENDIDIKAN SEPERTI KANAK-KANAK NORMAL YANG LAIN.



OBJEKTIF

• PEMBENTUKAN KELAS PENDIDIKAN KHAS INI DIHARAP DAPAT MEMBANTU MURID YANG BERKEPERLUAN KHAS INI TERUTAMA DARI KAWASAN SEKITAR SEKOLAH INI MENDAPAT PENDIDIKAN FORMAL.

• SELAIN ITU KELAS INI JUGA SEBAGAI PENDEDAHAN KEPADA PARA IBU BAPA BAHAWA KANAK-KANAK ISTIMEWA INI MEMPUNYAI PELUANG YANG SAMA SEPERTI KANAK-KANAK YANG SEBAYA DENGAN MEREKA.



KONSEP

KONSEP PENDIDIKAN BAGI PELAJAR KELAS INI ADALAH BERBEZA DARI PELAJAR NORMAL YANG LAIN. NAMUN HALA TUJUANNYA HAMPIR SAMA DENGAN PENDIDIKAN BIASA. CARA PENYAMPAIAN YANG LEBIH KEPADA INDIVIDU SEBAGAI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PELAJAR INI. MEREKA DIAJAR MENGIKUT TAHAP YANG MEREKA BOLEH CAPAI.



MATLAMAT

KELAS INI DIHARAP DAPAT MEMBANTU PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MEMUDAHKAN KEHIDUPAN HARIAN MEREKA DISAMPING SEBAGAI SATU PERSEDIAAN UNTUK MEMASUKI INSTITUSI MASYARAKAT APABILA DEWASA KELAK.











MATA PELAJARAN YANG DIAJAR

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN SENI

PENDIDIKAN JASMANI

KEMAHIRAN HIDUP ( MASAKAN, PERTUKANGAN, BERKEBUN)

SAINS, SOSIAL ALAM SEKITAR

PENDIDIKAN MUZIK

KEMAHIRAN URUS DIRI

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

KEMAHIRAN MANIPULATIF